Jalan raya Pengangkutan_di_Vietnam

Lebuhraya Utara–Selatan dari Cầu Giẽ ke Ninh Bình

Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.

Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.[1] Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.

Batu tanda jalan Jalan Negara 4EBatu tanda jalan Jalan Wilayah Yên Bái 163

Sistem jalan raya Vietnam dikelaskan mengikut tata tingkat pentadbiran. Setiap kelas diberi warna batu tanda jalan dan singkatan.

  • Jalan negara (quốc lộ, QL) ditadbir oleh kerajaan pusat. Batu tanda jalan putih berhulu merah.[2][3] Penanda putih bertulis hitam pada papan tanda arah jalan.[4][5]
    • Lebuh raya ekspres (đường cao tốc, CT) Penanda kuning bertulis hitam pada papan tanda arah jalan. Papan tanda panduan sepanjang lebuh raya adalah hijau, daripada warna biru bagi jalan tempatan.[4][5]
  • Jalan wilayah (tỉnh lộ atau đường tỉnh, TL atau ĐT) diuruskan oleh wilayah. Batu tanda jalan putih berhulu biru atau hijau.[2] Penanda putih bertulis hitam pada papan tanda arah jalan.[4][5]
  • Jalan daerah (hương lộ atau đường huyện, HL atau ĐH) diuruskan oleh daerah luar bandar. Batu tanda jalan putih berhulu coklat.[2]
  • Jalan komun (đường xã, ĐX) diuruskan oleh komun.
  • Jalan bandar (đường đô thị, ĐĐT) diuruskan oleh bandar.
  • Sesetengah jalan servis (đường chuyên dùng, ĐCD) berbatu tanda jalan putih berhulu kuning.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pengangkutan_di_Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html http://www.globalsecurity.org/military/world/war/s... http://www.travelblog.org/Photos/4708303 http://www.vece.com.vn/duongcaotoc/category/1167 http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://batgt.camau.gov.vn/bien-chi-dan-tren-duong-... http://www.gso.gov.vn/default.aspx?tabid=622&ItemI... https://www.nytimes.com/2007/02/06/business/worldb...